KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan penambahan 250 kelas prasekolah baharu pada tahun 2026 sebagai sebahagian usaha memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, peluasan itu akan dilaksanakan di sekolah serta institusi KPM yang mempunyai infrastruktur sesuai, sekali gus memberi peluang lebih ramai kanak-kanak mendapat pendidikan awal secara percuma. Katanya, dalam usaha memperluas akses prasekolah, KPM menambah 134 kelas pada 2024 menjadikan jumlah keseluruhan 10,043…