KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menguatkuasakan tiga undang-undang baharu bermula 1 Januari tahun depan dalam memperkukuh penguatkuasaan peraturan berkaitan pembuangan sampah serta pentadbiran kerajaan tempatan. Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ia membabitkan Rang Undang-Undang 672 (RUU672), pindaan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang telah diluluskan. “Kesemua pindaan akta tersebut kini menunggu proses pewartaan…










