KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mendapatkan laporan penuh berhubung kes kemalangan maut di Jalan Mokhtar Dahari, Selangor baru-baru ini sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya tidak mahu membuat kesimpulan awal termasuk dakwaan ia berpunca daripada aktiviti kuari berhampiran laluan berkenaan. “Setakat ini saya tidak menerima maklumat terperinci berhubung insiden itu. Jadi saya tidak mahu buat andaian sehingga laporan lengkap…