Kes pelajar lelaki jatuh: 12 individu sudah disiasat

Kes pelajar lelaki jatuh: 12 individu sudah disiasat

AMIRUDIN Shari mengibarkJalur Gemilang bersama tetamu dan penjawat awam Selangor pada Majlis Amanat Menteri Besar Selangor sempena Hari Kebangsaan Ke-68 di, Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 12 individu dipanggil dan disiasat polis berhubung kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama yang dikatakan menjadi mangsa buli dekat sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau menggesa orang awam memberikan ruang kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut serta dakwaan yang mengatakan pelajar terbabit menjadi mangsa buli.

“Polis belum lagi mengemukakan laporan kes tersebut (kepada kerajaan negeri). Cuma saya dimaklumkan pada malam kejadian, 12 orang yang ada kaitan dengan insiden tersebut sudah ditahan dan disoal siasat.

“Kita beri ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan kes itu. Insya-Allah, kebenaran akan terungkai dan polis memberikan jaminan siasatan dijalankan secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita pada Majlis Amanat Menteri Besar Selangor sempena Hari Kebangsaan Ke-68, semalam.

Selasa lalu, seorang pelajar dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah itu selepas keputusan imbasan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan pada otak selain rahang patah dan kecederaan paru-paru.

Amirudin berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang memberikan perhatian rapi kepada Ahmad Irfan Ahmad Hanafi sehingga benar-benar pulih.

“Kerajaan negeri menyatakan kepada keluarga pelajar ber­kenaan, kita bersedia untuk menyokong sebarang langkah yang akan diambil demi menjamin siasatan dijalankan secara menyeluruh,” ujarnya.

Susulan itu, keluarga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN