Kes dadah anak bekas PM, polis masih jalankan siasatan lanjut

Kes dadah anak bekas PM, polis masih jalankan siasatan lanjut

SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes membabitkan anak bekas Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuh Raya Sprint, di sini pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 15(1)(A)ADB.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 15(1)(A)ADB,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengikut rekod, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun.

Di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 pula boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

24 Ogos lalu, media melaporkan seorang lelaki yang juga anak bekas Perdana Menteri ditahan polis selepas sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuh Raya Sprint, di sini.

Shazeli turut mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.

Berdasarkan maklumat, tangkapan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara, dekat sini.

Dalam operasi itu, kereta milik suspek diperiksa dan polis turut menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Suspek difahamkan turut mempunyai rekod kes lampau berkaitan dadah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN