Kerjasama baharu pernah disuarakan sebelum PRU12

Kerjasama baharu pernah disuarakan sebelum PRU12

MOHAMED Khaled Nordin (kanan) bersalaman dengan Johari Abdul Ghani pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Muafakat Taman Mawar, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pandangan agar UMNO bersikap lebih terbuka dan meneroka kerjasama baharu demi memastikan parti dan Barisan Nasional (BN) kekal berjaya pernah disuarakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam konteks hari ini kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan bukanlah perkara pelik, kerana UMNO telah bekerjasama dengan parti pelbagai kaum sejak awal penubuhannya.

Beliau berkata, ahli dan penyokong perlu sedar akan realiti semasa bagi memastikan parti terus kuat menjelang PRU akan datang.

Katanya, kerjasama dengan DAP juga tidak sesekali menyebabkan dasar dan polisi perjuangan menjaga kepentingan Islam dan masyarakat Melayu tergadai, sebaliknya hanyalah perubahan jajaran dan strategi politik.

“Tetapi masa itu pandangan tersebut tidak diberi perhatian besar, saranan itu datangnya daripada Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika itu, dia seorang pemimpin yang mempunyai pandangan jauh dan berani suarakan pandangan tersebut.

“Jadi kalau ada pihak nak marah UMNO bekerjasama dengan siapa, marah lah Datuk Seri Johari Abdul Ghani,” katanya berseloroh ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Muafakat Taman Mawar di sini, hari ini.

Turut hadir Johari yang juga Naib Presiden UMNO dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Mohamed Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang turut mengingatkan bahawa kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan adalah bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

“Selepas PRU lalu, tiada mana-mana parti dominan dan boleh tubuh kerajaan, cadangan pertama kerjasama dengan PN (Perikatan Nasional) ditolak, manakala cadangan kedua kerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) diterima.

“Kerajaan Perpaduan ini tubuh untuk atasi dua isu iaitu ketidakstabilan politik negara kerana tiada parti menjadi kerajaan, serta keperluan mentadbir hala tuju negara pasca pandemik Covid-19 ketika itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN