Kerajaan teliti guna tenaga nuklear pilihan sumber elektrik bersih

Kerajaan teliti guna tenaga nuklear pilihan sumber elektrik bersih

tenaga
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PERTRA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang melaksanakan penilaian terancang bagi meneliti peranan tenaga nuklear sebagai salah satu pilihan sumber elektrik bersih, stabil dan berdaya saing dalam campuran tenaga negara pada masa hadapan.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, inisiatif ini mengambil kira keperluan untuk mempelbagaikan sumber tenaga serta memperkukuh keselamatan tenaga jangka panjang.

Ini termasuk menyokong sasaran pengurangan pelepasan karbon, serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, selaras dengan komitmen perubahan iklim negara dan peningkatan permintaan tenaga.

“Nuclear Energy Programme Implementing Organization (NEPIO), MyPOWER Corporation diberi tanggungjawab untuk menyelaras usaha persediaan berdasarkan garis panduan yang disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Fasa persediaan ini dilaksanakan melalui koordinasi rangka kerja yang teratur, menerusi mekanisme jawatankuasa teknikal merentasi kementerian dan jabatan/agensi, bagi memastikan pendekatan yang bersepadu dan menyeluruh di peringkat nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PETRA, pelaksanaannya akan berpandukan kepada IAEA Milestone Approach, termasuk aspek pendirian negara, rangka kerja perundangan dan kawal selia, penglibatan pihak berkepentingan dan pembangunan sumber manusia.

Pada ketika ini, katanya, belum ada keputusan mengenai pelaksanaan, jenis teknologi atau kapasiti reaktor nuklear yang akan dibangunkan.

“Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan sebarang pertimbangan pada masa hadapan adalah berpaksikan analisis teknikal yang komprehensif.

“Ia selaras dengan keutamaan pembangunan negara dan mematuhi obligasi antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN