Kerajaan selaras tindakan pastikan buli jenayah

Kerajaan selaras tindakan pastikan buli jenayah

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyelaras pelaksanaan dan tindakan bagi memastikan semua pihak memahami bahawa buli adalah suatu jenayah susulan pindaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu adalah antara yang dibincangkan pada Mesyua­rat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Beliau berkata, Perdana Menteri memberi gambaran bahawa amalan buli perlu dihentikan segera dan diambil tindakan tegas.

“Perdana Menteri telah me­nyampaikan satu panda­ngan tegas bahawa sikap buli seperti ini (kes kematian melibatkan Zara Qairina Mahathir) daripada terus berlarutan.

“Jadi antara perkara yang akan diusahakan dalam kala­ngan menteri-menteri adalah penyelarasan beberapa tindakan memandangkan pindaan kepada Seksyen 507B hingga 507G dan seterusnya, yang telah mula berkuat kuasa pada Julai lalu.

“Maka kita ingin pastikan pelaksanaan bagi pindaan yang telah mentakrifkan, mendefini­sikan buli itu sebagai satu jenayah difahami oleh semua kementerian terutama yang menguruskan institusi pendidi­kan termasuk asrama dan beberapa tindakan akan disusuli,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) Tahun 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama INTAN di sini semalam.

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tata­cara Jenayah (Pindaan) 2025 yang bertujuan mena­ngani isu buli dengan lebih efektif dan menyeluruh, termasuk buli si­ber, diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Dis 2024 dan di Dewan Negara pada 16 Dis 2024.

Fahmi berkata, kerajaan juga mahu memastikan pelaksaan bagi pindaan yang mentakrifkan, mendefinisikan buli itu sebagai satu jenayah difahami oleh semua kementerian terutama yang menguruskan institusi pendidikan termasuk asrama.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijadual membuat kenya­taan menteri di Dewan Rakyat Isnin ini mengenai beberapa perkara termasuk kes kematian Zara Qairina Mahathir.

“(Mengenai kes serangan ke atas anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli) memandangkan beberapa perkara masih dalam siasatan dan Ketua Polis Selangor juga sudah mengeluarkan kenyataan (bahawa) beberapa aspek siasatan itu masih berjalan sekarang.

“Jadi terpulang sekiranya hal itu akan disentuh dalam kenya­taan menteri pada hari Isnin tetapi arahan Jemaah Menteri, arahan Perdana Menteri adalah supaya beberapa perkara disen­tuh dalam kenyataan Menteri oleh Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin ini,” katanya.

Selain itu, Fahmi berkata, amanat Perdana Menteri dalam MAPPA XX menyentuh tentang peranan penjawat awam dalam memastikan keamanan, ketenteraman dan kemajuan negara terus terpelihara.

“Kita turut mengalu-alukan siri pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri yang kita anggap sebagai satu kelegaan bagi kumpulan penjawat awam.

“Tapi seperti yang Perdana Menteri sebutkan pengumuman besar untuk penjawat awam juga akan diumum insya-Allah pada 10 Oktober depan sewaktu pembentangan Belanjawan 2026,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN