KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan seramai 13 juta pengguna mendaftar MyDigital ID menjelang hujung tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan sedang bergerak ke arah penggunaan MyDigital ID melalui pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 yang diusulkan di Parlimen hari ini. “Pindaan akta berkenaan bagi membolehkan penggunaan MyDigital ID dalam semua urusan sektor awam dan swasta. “Selain itu, institusi kewangan seperti perbankan, insurans dan sebagainya akan mengiktiraf…