Kerajaan perlu jelaskan apakah dasar jadi ‘korban’ tarif Malaysia diturun 19 peratus

Kerajaan perlu jelaskan apakah dasar jadi ‘korban’ tarif Malaysia diturun 19 peratus

Radzi Jidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan dituntut memberikan penjelasan segera berhubung apakah dasar yang telah dijadikan konsesi atau korban dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) selepas negara itu menurunkan tarif kepada 19 peratus kepada Malaysia.

 Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, berdasarkan laporan akhbar The Straits Times semalam, Malaysia telah bersetuju untuk mengiktiraf pensijilan halal daripada AS dan membekalkan nadir bumi kepada negara itu sebagai sebahagian daripada konsesi dalam rundingan tersebut.

 Katanya, setakat ini kerajaan tidak menafikan laporan tersebut.

 “Berkaitan dengan pensijilan halal, kerajaan sebelum ini menggambarkan bahawa isu pensijilan halal diletakkan sebagai garis sempadan yang tidak boleh dilanggar atau redline dalam rundingan dengan AS? Apakah garis sempadan ini telah dilanggar?

 “Sekiranya ya, apakah protokol pensijilan halal yang berbeza yang akan digunakan untuk AS berbanding dengan negara lain? Apakah kesan tindakan ini kepada kredibiliti pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penglibatan Malaysia sebagai antara peneraju industri halal global?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

 Radzi berkata, berkaitan dengan eksport unsur REE ke AS pula, beliau turut mempersoalkan apakah terma sebenar persetujuan ini dan berapa peratuskah daripada hasil REE Malaysia yang perlu dieksport ke AS?

 Katanya, memandangkan bidang kuasa berkaitan mineral adalah di bawah kerajaan negeri, adakah Kerajaan Persekutuan telah berbincang dan mendapat maklum balas atau persetujuan kerajaan negeri.

 “Selain daripada konsesi yang dilaporkan oleh akhbar Straits Times, apakah terdapat dasar-dasar lain yang turut dikorbankan sewaktu rundingan?

 “Oleh itu, adalah amat penting untuk kerajaan memberikan penjelasan segera tentang perkara-perkara yang dijadikan konsesi dalam rundingan dengan AS,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN