KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan beberapa inisiatif baharu bagi merancakkan sektor animasi tempatan susulan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu akan melibatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan MyCreative Ventures dengan tumpuan kepada penyediaan dana, proses pembikinan serta kerjasama bersama sektor korporat. “Insya-Allah, minggu depan saya akan menggulung di Parlimen dan mungkin ada beberapa persoalan yang akan saya jawab secara rasmi…










