Keputusan DNA atau DNAA Amir Hariri, Jumaat ini

Keputusan DNA atau DNAA Amir Hariri, Jumaat ini

Amir Hariri Abd Hadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret akan memutuskan pada Jumaat ini sama ada akan melepaskan dan membebaskan (DNA) atau melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) bekas Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Hariri Abdul Hadi daripada pertuduhan berkait Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menetapkan sedemikian selepas mendengar hujahan ringkas daripada pihak-pihak terlibat.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad manakala Amir Hariri diwakili peguam bela, P. Rajsurian.

Pada 26 Ogos 2022, Amir Hariri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ yang diadakan pada 14 Ogos 2022.

Adam Hariri didakwa selaku penganjur gagal memaklumkan pegawai polis yang menjaga daerah Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 2 petang, 14 Ogos 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 9 (1) APA 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pada 1 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) APA 2001 itu sebagai tidak berpelembagaan dan terbatal kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Anis Wahidah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mendapat arahan untuk memohon DNAA terhadap Amir Hariri mengikut Seksyen 173(g) Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau turut menyatakan, berdasarkan seksyen tersebut, mahkamah rendah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah DNA terhadap mana-mana tertuduh.

Bagaimanapun, Rajsurian menyatakan, perintah DNAA hanya akan membuatkan pertuduhan terhadap anak guamnya tergantung.

“Sesuatu pertuduhan tidak boleh dibiarkan tergantung terhadap tertuduh tanpa satu tarikh tamat yang mana ia adalah satu perkara yang tidak berperikemanusian dan salah.

“Jadi, apabila pihak pendakwaan telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan kes terhadap tertuduh, perkara sewajarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN