Kekurangan diri bukan penghalang berbakti kepada masyarakat - Utusan Malaysia

Kekurangan diri bukan penghalang berbakti kepada masyarakat

Muhammad Hafies Rosle bersiap bagi menjalani aktiviti fisioterapi harian di rumahnya di Taman Seri Manik, Tanjung Karang. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tragedi kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa bukan penghalang bagi Muhammad Hafies Rosle, 36, untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Muhammad Hafies yang telah berkhidmat sebagai anggota bomba bantuan selama 10 tahun berkata, meskipun menanggung kecederaan parah akibat kemalangan, semangat beliau untuk terus membantu masyarakat tetap utuh.

“Pada masa itu, saya baru selesai bertugas. Tidak jauh dari balai, sebuah kereta tiba-tiba masuk ke simpang di hadapan saya. Walaupun saya cuba mengelak pelanggaran tetap berlaku,” katanya 

Tambahnya, kemalangan itu mengakibatkan beliau mengalami kecederaan pada lutut, kaki, paha, tangan dan muka.

“Pada awalnya saya dimaklumkan kaki dan lutut saya terpusing. Namun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat patah pada tangan dan paha,” katanya.

Katanya, walaupun hampir dua tahun selepas tragedi tersebut berlaku, beliau masih menyimpan hasrat untuk kembali berkhidmat sebagai anggota bomba sekiranya diberi peluang.

“Kalau boleh saya mahu bertugas sebagai bomba semula. Niat saya satu sahaja iaitu mahu  tolong orang. Dari dulu sampai sekarang memang saya suka menolong orang tidak kira bangsa, lebih-lebih lagi orang yang terdekat,” katanya

Menurut Muhammad Hafies, ujian yang dihadapi bukan alasan untuk berputus asa sebaliknya menjadi kekuatan untuk terus berbakti kepada masyarakat walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi dan kesihatan ketika itu. 

“Pada waktu itu, saya agak tertekan dan berfikir bagaimana mahu mendapatkan sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada sumbangan orang sekeliling,” katanya 

Namun, bantuan yang diterima daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membawa sinar baharu sekali gus meringankan beban untuk meneruskan kehidupan.

“Bantuan daripada Perkeso seperti perubatan, pembedahan dan sara hidup banyak meringankan beban saya dan keluarga. Walaupun caruman yang dibayar rendah, faedah yang diterima sangat besar dan amat membantu,” katanya.

Tambahnya, walaupun menghadapi dugaan berat, usaha berterusan dan sokongan daripada orang sekeliling banyak membantu dalam proses pemulihan.

Sempena Merdeka 2025, saksikan kisah benar rakyat Malaysia yang bangkit membina semula kehidupan mereka. Dengarkan suara mereka. Hayati semangat juang mereka.

Tonton dan sokong kisah pilihan anda.

https://www.utusan.com.my/kempen-hati-mulia-2025/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN