ALOR SETAR: Kerajaan negeri menafikan dakwaan Sekretariat Suara Anak Kedah yang menyatakan lebih 100,000 belia di Kedah masih menganggur. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Kedah, Wong Chia Zhen berkata, dakwaan itu bukan sahaja tidak tepat, malah amat tidak bertanggungjawab kerana menimbulkan keresahan rakyat dan mencemarkan imej negeri. “Berdasarkan data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kedah, kadar pengangguran di Kedah telah menunjukkan penurunan konsisten sepanjang dua tahun lalu dan berada pada 1.7…