Kanak-kanak lelaki dua tahun meninggal dunia jatuh dalam pembetung

Kanak-kanak lelaki dua tahun meninggal dunia jatuh dalam pembetung

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam pembetung di Jalan Pedada, Sibu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam pembetung di Jalan Pedada, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.29 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral segera dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, bapa mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya yang berusia dua tahun telah hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam sistem pembetungan.

“Pasukan penyelamat segera menjalankan pencarian dan mangsa dijumpai timbul di dalam pembentung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat mangsa berjaya dibawa naik pada pukul 7 malam dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Beliau menambah jasad mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN