JOHOR BAHRU: Malaysia berjaya mengekalkan kadar pemalsuan wang kertas pada tahap yang sangat rendah iaitu hanya 1.1 setiap juta keping (ppm) pada tahun lalu bersamaan 11 keping wang kertas palsu dikesan bagi setiap 10 juta keping wang kertas dalam edaran. Penolong Gabenor, Abdul Rahman Abu Bakar berkata, pencapaian itu selari dengan mandat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan kestabilan monetari dan keyakinan terhadap mata wang negara. Katanya, ciri reka bentuk…