Johor teliti nilai kerugian gempa bumi Segamat 

Johor teliti nilai kerugian gempa bumi Segamat 

KEADAAN di Segamat selepas daerah itu digegarkan dengan bencana gempa bumi awal pagi semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah kerosakan dan nilai kerugian disebabkan gegaran gempa bumi yang berlaku di daerah Segamat dan Yong Peng, Batu Pahat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, pihaknya masih belum menerima laporan penuh jumlah kerosakan dan nilai kerugian yang dialami disebabkan gempa bumi itu.

“Ini adalah pertama kali, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan berlaku gegaran gempa bumi lemah di negeri ini. Kita akan lakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan penduduk,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pra-pelancaran Johor Smart City Forum di sini hari ini.

Semalam, penduduk digemparkan dengan kejadian gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 di Segamat pada pukul 6.13 pagi tadi, manakala gegaran kedua bermagnitud 2.8 direkodkan berlaku di Yong Peng kira-kira pukul 9 pagi.

Mohd. Jafni berkata, elemen pengesanan bencana termasuk gempa bumi akan menjadi sebahagian daripada petunjuk pembangunan Smart City (Bandar Pintar) Johor pada masa hadapan termasuk sistem amaran awal bencana melalui telefon pintar sedang dipertimbangkan.

“Sistem ini sudah digunakan di Jepun dan Korea Selatan di mana penduduk dalam radius tertentu akan menerima mesej kecemasan sekiranya berlaku bencana seperti gempa bumi, kebakaran atau kemalangan di kawasan berhampiran.

“Indikator keselamatan ini yang kita mahu bawa perkara ini dalam petunjuk Smart City Johor,” katanya. Kita mahu bawa perkara ini dalam petunjuk Smart City Johor pada masa akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN