Johor laksana Khutbah Jumaat khas anti buli

Johor laksana Khutbah Jumaat khas anti buli

MOHD. FARED MOHD. KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mengadakan Khutbah Jumaat khas anti buli akan disampaikan di seluruh masjid dan surau Jumaat di seluruh negeri ini, Jumaat ini.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, khutbah khas itu merupakan antara inisiatif menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenaan usaha besar-besaran menentang gejala buli.

Katanya, Khutbah Jumaat itu akan menyentuh mengenai keburukan buli dan larangan perbuatan itu dari sudut pandang agama Islam.

“Selain khutbah khas, beberapa program turut dilaksanakan termasuk Kempen Anti Buli bersama Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJS).

“Kempen kesedaran juga akan diadakan di seluruh Sekolah Agama Kerajaan Johor dan Institusi Pengajian Islam Swasta (IPIS),” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor bertitah mahu gejala buli dibendung dengan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat.

Baginda bertitah demikian selepas berangkat melawat Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, di Hospital Pakar Puteri KPJ, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fared, kempen itu diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada semua pihak termasuk mahasiswa, pelajar, kakitangan awam dan masyarakat terhadap kesan buruk buli yang biasanya melibatkan trauma, kehilangan kehormatan diri serta gangguan emosi kepada mangsa.

“Kempen ini juga mampu membentuk sikap empati dalam kalangan masyarakat bagi membanteras gejala buli yang boleh merosakkan jati diri generasi muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN