KEMAMAN: Kejernihan airnya yang kebiruan bak kristal dan keunikan air terjun semulajadi yang terus mengalir ke laut, menjadi tarikan pengunjung serta pelancong untuk bertandang ke Air Terjun Janda Mandi, di Kijal, di sini. Kawasan rekreasi terletak di Bukit Kijal itu turut menjadi antara destinasi wajib bagi individu gemar melakukan aktiviti pendakian berikutan pengunjung perlu berjalan kaki merentasi denai dan kawasan berbukit kira-kira 40 minit untuk tiba di lokasi itu. Pengerusi…