Jalan di kawasan tumpuan banjir Kelantan diselenggara

Jalan di kawasan tumpuan banjir Kelantan diselenggara

NIK Soh Yaacoub (dua dari kanan) mengetuai 130 peserta konvoi yang menyertai Kembara Merdeka JKR Kelantan yang dilepaskan di pekarangan ibu pejabat agensi itu di Kota Bharu Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di kawasan berisiko tinggi banjir sebagai langkah awal menghadapi musim tengkujuh.

Pengarahnya, Nik Soh Yaacoub berkata, lima arahan kerja telah dikeluarkan melibatkan laluan utama di beberapa daerah yang dikenal pasti sebagai ‘titik panas’ banjir saban tahun.

Katanya, kerja-kerja penyelenggaraan yang meliputi laluan Persekutuan dan negeri itu mendapat kerjasama dari dua syarikat konsesi  dilantik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini  bagi memastikan rangkaian jalan raya kekal selamat dan boleh digunakan sepanjang musim hujan.

“Persediaan kali ini dilaksanakan lebih teratur dan menyeluruh. Setiap JKR jajahan telah digerakkan untuk memantapkan kekuatan logistik dan keanggotaan, agar bersedia bertindak pantas apabila banjir melanda,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Kembara Merdeka JKR Kelantan 2025 di Ibu Pejabat JKR Kelantan, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini