Ito Blues Gang sertai PKR

Ito Blues Gang sertai PKR

ITO Blues Gang atau nama sebenar Mohd. Arif Kendut (dua dari kanan) menghantar borang permohonan PKR kepada Shamsul Iskandar. Mohd. Akin dalam satu program Pemukiman PKR Titiwangsa di Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Ito Blues Gang menghantar permohonan untuk menyertai PKR dalam satu program di Melaka, semalam.

Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, PKR Cabang Titiwangsa telah menerima permohonan Ito atau nama sebenarnya Mohd. Arif Kendut untuk menjadi anggota PKR.

Katanya, Ito adalah reformis yang selama ini bergerak di belakang tabir melalui dunia seni dan menyumbang karya-karya kearah perjuangan bagi membentuk saksiah masyarakat.

“Semoga dengan kemasukan beliau ke Cabang Titiwangsa ini akan menjadi nilai tambah buat Keadilan dan menjadi pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan.

Majlis penyerahan borang berlangsung ketika Program Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa di Melaka, semalam.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin telah menerima borang kemasukan parti dari Ito.

Penyanyi tersebut juga telah mengikuti permukiman itu yang diadakan selama dua hari sebagai langkah awal persediaan untuknya lebih mengenali dunia politik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN