Kalau tidak silap, Cik Bunga sebelum ini ada juga terdengar cerita bila mana, pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, didakwa telah kembali mendirikan rumah tangga.
Tetapi ketika itu, Cik Bunga pun antara pasti tak pastilah dengan cerita itu sebab nama pun gosip. Cuma, adalah juga yang kata perkara itu memang terjadi dan ada macam-macam andaianlah yang wujud mengenai status Irma ketika itu.
Bagaimanapun, sewaktu gosip itu keluar, Irma tetap tidak tampil menjelaskan apa-apa. Dia cuma membiarkan perkara itu terus diperkatakan orang ramai yang berteka-teki sama ada benar dia kini sudah bergelar isteri orang atau belum.
Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini, adalah sumber beritahu Cik Bunga. Dia ada ternampak Irma dengan seorang lelaki di sebuah kedai makan di sekitar ibu negara.
Gelagat mereka berdua kononnya bukan macam kawan atau teman biasa. Nampak macam sedang bercinta, intim. Tetapi dapat ditebak berdasarkan gelagat mereka ketika itu, seakan mereka ini macam pasangan suami isteri.
Jalan berpegangan tangan, nampak sangat mesra. Iyalah, kalau tengok pada penampilan dan personaliti Irma yang persis wanita Muslimah sejati, tak akanlah dia hendak menunjukkan kelakuan yang begitu. Tentulah tidak manis untuk dilihat orang bukan, apa lagi di tempat awam begitu.
Jadi, sumber dapat meneka, yang kemungkinan Irma dan lelaki berkenaan sudah berkahwin. Kalau tidak sah halal, tak akanlah nak berkelakuan begitu ye tak? Tetapi itulah, apa pun status Irma sekarang, hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu. Bagi Cik Bunga, jika benarlah Irma telah kembali bergelar isteri orang, adalah lebih baik dia uar-uarkan kepada umum.
Satu sebab, hendak mengelak daripada orang bercakap perkara negatiflah, yang mana kalau tidak betul, tidak pasal-pasal boleh jadi fitnah pula bukan.
Tak manislah bagi Cik Bunga, sebab perwatakan Irma, umpama wanita yang dihormati. Cik Bunga harap sangat Irma dapat jelaskan kepada semua. Betulkah sudah berkahwin lain sekarang ini, itu sahaja.