KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan Inisiatif Pengkonsolidasian Industri Getah bagi menyatukan pekebun kecil dalam rantaian bekalan lebih tersusun, sekali gus meningkatkan kecekapan, kualiti dan daya saing produk negara di pasaran global. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah strategik itu membolehkan pekebun kecil mendapat akses kepada pusat pemprosesan bersama, teknologi moden dan infrastruktur yang lebih baik. Katanya, inisiatif tersebut dijangka membantu pekebun kecil menghasilkan getah berkualiti tinggi…