KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi penyelenggaraan jalan negeri Selangor, Infrasel Sdn. Bhd. (Infrasel) akan melaksanakan kerja menggred semula bahu jalan di enam lokasi sekitar Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya dimaklumkan kerja pembersihan sementara telah dijalankan di kawasan kemalangan, sementara langkah lebih menyeluruh akan segera dilaksanakan. Tindakan itu diambil susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di laluan berkenaan, semalam,…