KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memberi jaminan tunggakan bil elektrik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) berjumlah RM61 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) diselesaikan mengikut jadual sebagaimana yang dipersetujui secara bersama. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, ia berlaku semasa negara berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19. Katanya, kerajaan negeri sudah mengadakan pertemuan dengan TNB bagi mencari…










