Himpunan besar-besaran untuk Palestin - Utusan Malaysia

Himpunan besar-besaran untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) diseru bersama-sama turun padang pada perhimpunan besar-besaran anjuran Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan gabungan NGO di Dataran Merdeka, 23 Ogos ini.

Timbalan Presiden Munsyid Malaysia, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata inisiatif tersebut perlu disokong sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.

“Ini masanya kita buktikan bahawa Munsyid Malaysia bukan sekadar penyampai lagu, tetapi juga penyampai suara ummah.

“Justeru saya menyeru ahli Munsyid Malaysia seluruh negara hadir ke perhimpunan terbesar ini bagi menunjukkan solidariti untuk rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan.

Mahdi dalam masa yang sama mengajak semua ahli Munsyid Malaysia menggantikan gambar profil media sosial masing-masing dengan profil khas Sumud Nusantara dan Himpunan Malaysiaku Bersama Gaza.

“Ini adalah simbol solidariti dan sokongan berterusan kepada rakyat Palestin di alam maya,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Setiausaha Agung Munsyid Malaysia, Muhammad Mahdi Mohd. Tholaa memaklumkan Pertandingan Nasyid Malaysia Bersama Gaza juga akan dianjurkan di Dataran Merdeka, 24 Ogos ini.

Katanya penganjuran tersebut dilaksanakan sebagai tanda sokongan terhadap Konvoi Sumud Nusantara dan Antarabangsa serta program Himpunan Malaysiaku Bersama Gaza.

“Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan universiti.

“Lagu yang dipertandingkan mestilah bertemakan kemanusiaan dan perjuangan Palestin.

“Juara bakal membawa pulang RM5,000, manakala Naib Juara pula RM3,000. Tempat ketiga bakal memenangi RM1,500 selain pemenang hadiah saguhati pula membawa pulang RM500,” kongsinya.

Pertanyaan lanjut mengenai Pertandingan Nasyid Malaysia Bersama Gaza boleh diajukan kepada Khairul di talian 012-2744122 atau Ashraf (017-5941334). UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN