Hari Kebangsaan 2025: Orang awam mula banjiri Dataran Putrajaya seawal 8 malam

Hari Kebangsaan 2025: Orang awam mula banjiri Dataran Putrajaya seawal 8 malam

Hari Kebangsaan 2025: Orang awam mula banjiri Dataran Putrajaya seawal 8 malam. - UTUSAN/FAI ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang dijadual pagi ini ‘diraikan’ lebih awal apabila ribuan orang awam mula membanjiri Dataran Putrajaya seawal pukul 8 malam tadi.

Lokasi ‘berkampung’ pastinya di hadapan pentas utama sambutan iaitu berhampiran Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Istana Kehakiman, di sini.

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati, orang ramai mula membanjiri Dataran Putrajaya bagi mendapatkan ‘port’ strategik sertat tempat duduk awam bertingkat yang dikhaskan untuk pengunjung.

Bagaimanapun, difahamkan tempat duduk itu hanya dibuka seawal 5 pagi dan sebanyak 8,000 kerusi disediakan tahun ini berbanding 4,000 tempat tahun lalu.

Sementara menunggu sambutan, orang awam sempat dihiburkan dengan Jelajah Pentarama Merdeka@HOHO menggunakan bas KL Hop On Hop Off (HOHO) di dua hentian iaitu Hotel Dorsett dan Dataran Putrajaya di sini, malam ini.

Orang ramai turut dihiburkam dengan nyanyian bersama artis Pentarama sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan “Merdeka” beramai-ramai apabila lagu “Tanggal 31 Ogos” dinyanyikan.

Jelajah itu adalah antara pengisian sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025, yang dilaksanakan di Putrajaya dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik.

Sementara itu, rata-rata pengunjung yang ditemui melahirkan rasa teruja apabila berpeluang meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 tahun ini.

Seorang pengunjung, Azlina Mohamed Ali, 43, berkata, ini adalah pengalaman pertamanya meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 dan lebih manis ia diraikan bersama suami dan anak-anak.

“Kami tiba di Dataran Putrajaya kira-kira pukul 9 malam tadi dan terkejut kerana kawasan dataran sudah penuh dengan orang ramai,” katanya tidak sabar untuk menyaksikan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN