PUTRAJAYA: Akur terhadap kecaman dan kritikan, anggota tentera darat berbadan sasa tampil lebih ‘sopan’ pada perbarisan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, di sini pagi ini. Berbanding imej dedah otot ‘seksi’ dan sasa pada penampilan raptai penuh pada Jumaat lalu, otot berurat abang askar sado hari ini ditutup dengan baju. Walaupun tanpa mendedahkan otot sasa, mereka tetap diberi sorakan dan teriakan oleh pengunjung yang hadir di Dataran Putrajaya, di sini.…