Harga diesel turun lima sen, RON95 kekal

Harga diesel turun lima sen, RON95 kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun lima sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok sehingga 27 Ogos.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan memaklumkan, penurunan itu selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Menurut MOF, harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.13 seliter dan RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah iaitu kekal pada RM2.15 seliter.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN