PETALING JAYA: Tindakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketakutan dengan kebangkitan rakyat dianggap sebagai cubaan menutup kegagalan parti itu sendiri. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, kenyataan itu jelas bermotif politik sempit kerana arahan Perdana Menteri kepada agensi penguatkuasa undang-undang hanyalah untuk mengelakkan rusuhan serta menjaga ketenteraman awam, bukannya demi kepentingan politik peribadi. “Ini soal keamanan dan penyatuan rakyat, bukan soal kedudukan…










