BERUAS: Pantai Kota Kulit Kerang di sini yang semakin popular dalam kalangan pelancong kini terancam hakisan berikutan kejadian air pasang besar di kawasan itu. Tinjauan di kawasan pantai itu mendapati kemudahan asas dan rekreasi seperti meja dan bangku telah patah dan rosak, selain pokok kayu bakau dan batu tebing mengelongsor ke dalam laut. Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kota Kulit Kerang, Zafar Ridzuan Mohamad berkata, kemudahan disediakan…