Guru Pasti terima elaun sukarela, bukan gaji

Guru Pasti terima elaun sukarela, bukan gaji

doktor
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di bawah kendalian Pas menerima elaun sukarela setiap bulan dan bukannya gaji.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, guru Pasti berkhidmat secara sukarela tanpa menuntut imbuhan tinggi kerana yuran pelajar yang rendah.

“Waktu mula memohon kerja, kita sudah maklumkan tidak dapat bayar mahal. Mereka kata tidak mengapa, mahu menyumbangkan tenaga. Keikhlasan guru inilah yang membantu masyarakat mengenal abjad A,B,C dan huruf alif, ba, ta.

“Tuduhan ini tidak betul dan jauh menyimpang. Saya rasa dia (Nik Nazmi Nik Ahmad) tak buat homework, patut kalah pemilihan (PKR),” katanya semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kadar gaji RM600 hingga RM700 guru Pasti bukan sahaja tidak menepati perintah gaji minimum, malah melanggar Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.

Afnan Hamimi yang juga Ketua Pemuda Pas menyangkal tuduhan Nik Nazmi kononnya guru Pasti tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Tuduhan itu tidak tepat. Kita mencarum KWSP bawah skim i-Saraan dan Perkeso bawah skim pekerjaan sendiri.

“Sepatutnya, Setiawangsa berterima kasih kepada Pasti kerana membantu melengkapkan isu pendidikan prasekolah di peringkat kerajaan,” katanya.

Beliau menyarankan Nik Nazmi memberi tumpuan kepada isu elaun guru takmir, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan imam yang masih berada di bawah garis kemiskinan, bukannya membandingkan Pasti dengan syarikat swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN