Tadika Pasti dua tingkat hangus - Utusan Malaysia

Tadika Pasti dua tingkat hangus

Pasti terbakar
API marak menyebabkan sebuah sekolah tadika Pasti dua tingkat hangus dalam kebakaran dekat Lorong Haji Said, Jalan Kebun di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebuah sekolah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dekat Lorong Haji Said, Jalan Kebun, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.37 sebelum mengerahkan sepasukan dari empat balai bomba ke tempat kejadian.

“Dilaporkan kebakaran melibatkan bangunan kelas B sekolah Pasti dua tingkat. Ketika bomba sampai di lokasi, api merebak ke bangunan kedai dan rumah bersebelahan sekolah tersebut. 

“Api berjaya dikawal pada kira-kira 50 minit kemudian dan proses pemadaman sedang dijalankan. Namun tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.