KUALA LUMPUR: Guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di bawah kendalian Pas menerima elaun sukarela setiap bulan dan bukannya gaji. Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, guru Pasti berkhidmat secara sukarela tanpa menuntut imbuhan tinggi kerana yuran pelajar yang rendah. “Waktu mula memohon kerja, kita sudah maklumkan tidak dapat bayar mahal. Mereka kata tidak mengapa, mahu menyumbangkan tenaga. Keikhlasan guru inilah yang membantu masyarakat mengenal abjad…








