Giliran Suraya Borhan pula tinggalkan Suria FM - Utusan Malaysia

Giliran Suraya Borhan pula tinggalkan Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah sembilan tahun berkhidmat di Suria FM, kini giliran penyampai radio, Suraya Borhan pula meninggalkan stesen tersebut bermula 1 Ogos.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak Suria FM menerusi sebuah kenyataan selain memuji sikap Suraya yang komited dan profesional sepanjang menjadi penyampai radio tersebut.

“Suria FM ingin memaklumkan bahawa Suraya Borhan mengakhiri tugasan sebagai penyampai di Suria pada hari ini Jumaat, 1 Ogos 2025.

“Sepanjang sembilan tahun berkhidmat di Suria FM, Suraya sentiasa memperlihatkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi, menjadi inspirasi kepada rakan sekerja di Suria FM,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Suria FM juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyampai radio yang mengendalikan segmen Suria Petang itu.

“Pihak Suria FM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi yang tidak ternilai selama ini.

“Kami mendoakan yang terbaik buat Suraya dalam setiap langkah dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi selepas ini,” jelasnya.

Hasil intaian di Instagram, Suraya turut berkongsi titipan kata semangat daripada bekas penyampai radio tersebut, Sharifah Sakinah yang mendoakan agar dia terus cekal mengharungi dugaan hidup.

“Selamat maju jaya Suraya. Insya-Allah, perjalanan hidup awak baik-baik sahaja. Sudah berapa tahun jadi penyampai radio, semoga baik-baik saja.

“Faham memang berat hati tapi kita yang hidup ini kena kuat ya. Dugaan menjadikan kita matang dan matang,” katanya di Instagram Story.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN