PETALING JAYA: Kejadian gempa bumi bermagnitud 4.1 yang melanda Segamat, Ahad lalu, menjadi peringatan penting bahawa Malaysia tidak kebal daripada gegaran walaupun terletak di luar zon tektonik aktif dunia. Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berwaspada dan kerajaan digesa meningkatkan kesiapsiagaan bencana kerana sehingga kini tiada teknologi yang mampu meramal dengan tepat bila atau di mana gempa akan berlaku. Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mohd. Akhmal Muhamad…