Fadil Marsus terajui Polis KL

Fadil Marsus terajui Polis KL

RUSDI Mohd. Isa (tengah) menyaksikan serah terima tugas di antara Mohamed Usuf (kiri) dan Fadil di IPK Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus menerima tugas sebagai sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa.

Fadil Beliau dengan callsign (nama pangggilan) Blade itu, mengisi kekosongan jawatan tersebut bagi menggantikan Rusdi yang kini menyandang jawatan Pengarah JSJK.

Kekosongan jawatan itu sebelum ini dipangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

Pada majlis berkenaan, turut berlangsung serah terima tugas membabitkan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kuala Lumpur, Datin Ain Robieah Shamsudin kepada Datin Nurashidah Ishak.

Penyerahan itu disaksikan Pengerusi Perkep JSJK, Datin Zuraini Abdul Razak yang juga isteri Rusdi. 

Sementara itu, Rusdi dalam ucapannya berkata, pelantikan Fadil sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu adalah amanah dan kepercayaan pucuk pimpinan PDRM terhadap kredibiliti serta daya kepimpinan beliau.

“Berikanlah perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan amanah ini dan jangan sesekali mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan. 

“Tugas kita bukan sekadar pekerjaan, ia adalah amanah yang bakal dipersoalkan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×