Perebutan kawasan niaga, sembilan termasuk wanita ditahan

Perebutan kawasan niaga, sembilan termasuk wanita ditahan

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan susulan kejadian merusuh dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan perniagaan di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) Balai Polis Sungai Besi dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sekitar lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis menerima maklumat berhubung pergaduhan membabitkan sekumpulan individu kira-kira 11 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham berhubung perebutan kawasan perniagaan di kawasan berkenaan.

“Tindakan pantas pihak polis berjaya menahan lapan lelaki dan seorang wanita di sekitar lokasi kejadian, termasuk dua suspek utama bagi kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan kumpulan terbabit semasa pergaduhan itu.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati sebahagian besar suspek mempunyai pelbagai rekod kes jenayah dan narkotik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, IPD Cheras (03-92050445 / 465) atau mana-mana balai polis berhampiran.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini