ALOR SETAR: Empat penjenayah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis, dua minggu lalu. Kesemua tertuduh, Muhamad Badry Muhamad Azami, 24; Mohamad Hafiz Khazli, 26; Badri Iman Abdul Nasir, 25, dan Mohd. Saifuan Mohd. Noor, 34, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membunuh Koperal Mohd. Hafizul Izham Mazlan, 35, di hadapan sebuah rumah…