SEREMBAN: Empat lelaki berusia 21 hingga 40 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Bahau, Jempol, minggu lalu. Tertuduh V. Sayrran Kumar, 21; K. Kumar, 40; G Niressh Pillai, 21; dan M. Thineshvaran, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin. Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh…