ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan usul mendesak Kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang didakwa memberi kesan langsung kepada rakyat. Usul yang dicadangkan wakil rakyat kerajaan, Ahmad Sulaiman (PN-Belantek) itu dipersetujui majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang. Ahmad berkata, terdapat tiga tuntutan utama melalui usul berkenaan iaitu mendesak Kerajaan Persekutuan melaksanakan kajian semula terhadap langkah peluasan cukai SST…