KANGAR: Seorang penolong pegawai tadbir dan pembantu tadbir kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri direman lima hari bermula hari ini sehingga 24 Ogos depan bagi membantu siasatan setelah disyaki menyalahgunakan jawatan untuk kepentingan peribadi berkaitan perolehan empat projek kerajaan Perlis bernilai hampir RM100,000. Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 42 dan 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim. Terdahulu, kedua suspek berkenaan yang lengkap berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan…