KUALA LUMPUR: Dua pemandu perkhidmatan e-hailing masing-masing didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu pembayaran menggunakan komunikasi medan dekat (NFC) sejak Jun tahun lalu. Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Yin Hong, 42, dan Chong Li Shian, 39, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah semasa sebutan kes itu hari ini. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama melakukan capaian…