GEORGE TOWN: Langkah menempatkan warden daripada kalangan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau mula menampakkan hasil apabila disiplin pelajarnya kini semakin baik sejak inisiatif itu dilaksanakan Isnin lalu. Pengetua MRSM Balik Pulau, Ibrahim Abdullah berkata, kehadiran warden daripada pesara ATM itu memberi impak positif kepada budaya sekolah khususnya dalam membentuk sikap pelajar agar lebih berdisiplin, teratur dan menepati masa. “Setakat ini, perubahan yang…