Israel mula tawan Gaza City menerusi serangan darat

Israel mula tawan Gaza City menerusi serangan darat

PENDUDUK Palestin mencari perlindungan selepas Israel melancarkan serangan terhadap sebuah bangunan di Jabalia, utara Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel mendakwa memulakan serangan darat yang dirancang untuk menawan dan menduduki seluruh Gaza City, sekali gus menguasai kawasan pinggir bandar berkenaan.

Jurucakap tentera mendakwa, pasukan mula beroperasi di kawasan Zeitoun dan Jabalia untuk meletakkan asas bagi serangan tersebut, yang diluluskan Menteri Pertahanan, Israel Katz pada Selasa dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet Keselamatan hujung minggu ini.

Bagi memperkukuh operasi, sekitar 60,000 anggota simpanan akan dipanggil menjelang awal September, untuk membolehkan pasukan tentera aktif ditumpukan sepenuhnya kepada misi serangan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Jeneral Effie Defrin mendakwa, Hamas kini berada dalam keadaan lemah selepas 22 bulan perang, ketika Israel mula melancarkan operasi darat di Gaza City.

“Kami akan memperdalamkan kerosakan terhadap Hamas di Gaza City, yang menjadi kubu kuat pemerintahan dan ketenteraan kumpulan itu.

“Kami akan merosakkan lagi infrastruktur Hamas di atas dan bawah tanah serta memutuskan pergantungan penduduk kepada kumpulan itu,” katanya.

Defrin menegaskan, dua briged tentera kini beroperasi di kejiranan Zeitoun, di mana sebuah terowong bawah tanah yang menyimpan senjata ditemukan baru-baru ini, manakala satu lagi pasukan beroperasi di kawasan Jabalia.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal memberitahu AFP, keadaan di kejiranan Zeitoun dan Sabra sangat bahaya dengan penduduk tidak mempunyai tempat berlindung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN