MELAKA: Seorang juruelektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menikam adik kandungnya menggunakan sebilah gunting, minggu lalu. Tertuduh, Rajaskana Sheik Abdul Kadar, 38, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa berusia 35 tahun dengan menggunakan sebilah gunting yang mana ia adalah senjata serangan. Kesalahan itu…