Buli: KPM ambil tindakan segera semua syor Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat

Buli: KPM ambil tindakan segera semua syor Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat

PENDEKATAN holistik melibatkan semua pihak merangkumi kerajaan, sekolah, ibu bapa, komuniti dan pelajar amat penting untuk membanteras budaya buli dari akar umbi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan mengambil tindakan segera semua syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat bertujuan untuk memerangi buli di institusi pendidikan.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, antara cadangan dikemukakan ialah menambah baik saluran aduan buli supaya ia lebih mesra kanak-kanak.

Katanya, selain itu, jawatankuasa berkenaan mencadangkan hebahan segera secara meluas berkenaan salah laku buli, menyediakan pilihan untuk membuat aduan secara anonym dan  memelihara kerahsiaan maklumat peribadi pelajar.

“Langkah ini memastikan perlindungan kepada pengadu, penubuhan jawatankuasa khas anti-buli peringkat sekolah dan penambahbaikan kepada garis panduan pengurusan salah laku buli.

“Pada ketika ini, KPM sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan bagi memperkukuh aspek keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya,” katanya.

Pada masa sama, KPM mengalu-alukan cadangan dan sumbang saran dari semua lapisan masyarakat bagi memerangi salah laku buli habis-habisan.

Katanya, KPM juga sedang menggembleng usaha dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan hasrat untuk mewujudkan ekosistem selamat di semua institusi pendidikan tercapai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN