Bond’s Elite Course: Latihan ‘intelligence’ perisikan, lahir ‘James Bond’ Malaysia - Utusan Malaysia

Bond’s Elite Course: Latihan ‘intelligence’ perisikan, lahir ‘James Bond’ Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Spy Gadgets Academy kini melakar sejarah tersendiri menerusi Bond’s Elite Course, program latihan ‘intelligence’ pertama di Malaysia yang dibangunkan khusus untuk agensi keselamatan serta sektor swasta, dengan penekanan kepada realiti geopolitik dan cabaran keselamatan negara.

Pengarah Urusan, Roslan Mohd Abu Bakar berkata, Spy Gadgets yang dibangunkan pada 2014 pada awalnya dikenali sebagai syarikat yang membekalkan peralatan intip dan teknologi pengawasan.

Jelasnya, pengalaman itu membawa kepada penubuhan akademi khas pada 2020, sekali gus melahirkan Bond’s Elite Course sebagai platform latihan profesional yang berstruktur.

“Sejak dilaksanakan, lebih 10 agensi kerajaan dan swasta telah menyertai kursus kami. Bond’s Elite Course berbeza dengan kursus di luar negara kerana modulnya direka menepati keperluan tempatan, selain menekankan latihan praktikal di samping teori.

“Bond’s Elite Course bukan sekadar teori, sebaliknya dilengkapi latihan simulasi untuk mendedahkan peserta kepada situasi sebenar. Modulnya disesuaikan mengikut agensi keselamatan dan perisikan di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada ancaman dan risiko semasa.

“Antara latihan yang ditawarkan ialah operasi pengawasan sulit, penyiasatan peribadi, pengiring keselamatan tahap tinggi dan penggunaan poligraf. Setiap modul digarap dengan teliti bagi melengkapkan peserta dengan kemahiran teknikal serta taktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam tugasan mereka,” katanya.

Tambah Roslan lagi, Bond’s Elite Course turut menggunakan teknologi dan produk intip keluaran Spy Gadgets sendiri yang telah terbukti dalam pelbagai operasi profesional, membolehkan peserta memahami aplikasi sebenar teknologi moden dalam konteks keselamatan.

“Bond’s Elite Course turut mendapat sokongan pakar strategik berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang perisikan dan penyiasatan. Kerjasama itu memberi nilai tambah kepada modul latihan yang ditawarkan, dengan perkongsian teknik dan amalan terbaik berdasarkan pengalaman lapangan sebenar.

“Usaha ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Spy Gadgets sebagai penyedia teknologi dan latihan keselamatan, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan keupayaan perisikan negara.

“Kami mahu melahirkan tenaga profesional yang benar-benar bersedia menghadapi cabaran keselamatan masa kini. Latihan ini memberi kelebihan dari segi pengetahuan, kemahiran taktikal dan kebolehan menggunakan teknologi terkini. Ia merupakan pelaburan strategik untuk keselamatan negara,” ujarnya.

Dengan gabungan pendekatan teori, praktikal dan penggunaan teknologi sebenar, Bond’s Elite Course kini muncul sebagai platform latihan yang mengangkat Malaysia sebaris dengan negara lain dalam usaha memperkukuh benteng keselamatan pada era penuh cabaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN