Bomba selamatkan lima pelajar terperangkap kejadian kepala air - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan lima pelajar terperangkap kejadian kepala air

ANGGOTA bomba menyelamatkan pelajar yang terperangkap di tengah sungai dalam kejadian kepala air di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Lima pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang di sini berdepan detik cemas apabila terperangkap di tengah sungai dalam kejadian kepala air di Kampung Sungai Dara di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, kesemua mereka terperangkap di atas batu di tengah sungai semasa bermandi manda.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.54 petang dan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian melakukan kerja-kerja penyelamatan di air.

“Kejadan kepala air berlaku secara tiba-tiba berikutan hujan lebat. Ketua operasi melaksanakan operasi khas dan mengarahkan anggota memakai PFD untuk mengeluarkan mangsa secara berperingkat.

“Semua mangsa yang terperangkap selama sejam berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Katanya, operasi terkawal pada pukul 8.25 malam dan selesai sepenuhnya 10 minit kemudian.

Kesemua pelajar terlibat berusia 21 tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN