PETALING JAYA: Hentikan sebarang kenyataan atau perbuatan bersifat provokatif yang boleh memburukkan keadaan dalam isu melibatkan insiden Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Itu permintaan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang yang berkata, andaian tidak wajar tanpa menunggu hasil siasatan lengkap juga perlu dielakkan kerana mengganggu gugat perpaduan dalam negara. Katanya, segala tindakan dan keputusan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta menentukan tindakan atau penalti yang sewajarnya…